Bercakap tak pikir dua kali, tak pakai otak, ikut ego.
I dont welcome you into my family. Layak ke kau sebut "into my family" sedangkan bukan kau yang membesarkan kami. Tak sesen pun kau tinggalkan untuk perempuan yang lahirkan anak-anak kau yang sepuloh orang.
Layakkah kau menentukan bakal suami aku boleh diterima sebagai famili kau sedangkan kau tinggalkan kami? Setelah apa kau buat, aku pun tak ingin nak cari kau, hanya sekadar ikut perundangan. Selebihnya, kau tak layak. Selayak binatang pun kau tak layak. Nasiblah kau bakal suami aku tu masih ada sikap berkompromi, itupun sebab dia tak kenal kau.
Kau nak lawan? Boleh. Sekarang aku ikut rentak kau. Kau nak bawak lawyer pentas kau, jom, aku pun ada lawyer, tapi bukan lawyer olok-olok. Antara kau dan kau dah takde rasa hormat anak ayah. Bial kau kata "I dont bother", bila bakal suami aku ajukan pada kau sikap acuh tak acuh kau menjalankan tanggungjawab kau mewalikan anak kau. Kalau tak hukum agama, tak ingin aku heret kau lah!
Kalau kau boleh kata tak ku ampunkan, aku seribu kali layak nak kata macamtu pada kau.
Thursday, September 23, 2010
Saturday, September 18, 2010
Motosikal
Tiap pagi waktu menuju ketempat, terutama bila suami ku memandu, aku dapat melihat pelbagai ragam, kerenah dan drama disepanjang perjalanan.
Seingat aku, tak pernah sehari suami ku tidak mengomel, membebel insiden-insiden berlaku setiap kali dalam perjalanan. Ada masa aku diam, ada masa aku ikut komen sekali dan ada masa aku yang melebih-lebih.
Paling menarik pemandu-pemandu motosikal. Pendek kata, kasar bahasa mereka ini memandu seolah jalan tu jalan bapa dia orang yang punya. Kalau mereka dengar kata aku ini, memang naik hangin, gerenti punye... Cuba korang pulak duduk dalam kereta, tak pun pandu kereta dan lihatlah sendiri perangai korang ketika memandu motosikal.
Yang memotong, yang memecut, yang mencelah, macam-macamlah tak dapat nak digambarkan. Kesalnya insiden paling teruk, entah dari mana datang tiba-tiba mencelah datang depan kereta sipi je lagi memang kena. Kalau tak hati memaki, mulut terkeluar kata "nak mampus betul dia ni, tak ingat dunia bawa motor". Macam-macam lagilah yang boleh spoilkan mood aku dan suami pagi-pagi. Tak pikir anak bini, keluarga main hentam suka-suka mak bapak dia orang. Tak sayang nyawa ke dia orang ni? Pelik betul.
Fuhh! bila tak betul, dia pandang kita macam nak terjegil biji mata tu terkeluar, kalah pontianak? Macam kita pulak yang tak betul. Takde sivik langsung, takde wtika jalanraya langsung dibuatnya. Paling kecewa, mereka ini semua beranggapan kita yang bukan pemandu motosikal ni pulak yang kena jaga-jaga adanya mereka dijalanraya. Tak realisitik langsung! Sikap macamtu yan gbuat mereka fikir mereka ini maharaja, maharani jalanan yang tak boleh disentuh. Bila dah jatuh mengelupor kat jalan dah tak guna menyesal keluar airmata darah pun takde gunanya.
Fikir-fikir lah, sama-sama ada rasa tanggungjawab!

Harmoni
Kenapa harus bertindak hanya bila terdesak. Tiadakah jalan yang lebih mudah untuk diambil? Haruskah sesuatu itu ditinggalkan dengan titik hitam baru boleh diberes?
Egois, tidak mahu tunduk, enggan mengalah...etika yang ada pada setiap manusia cuma membezakan hanyalah besar, kecil, hebat, tak hebat atau sejauh mana dipertahankan etika-etika ini.
Tapi mengapa harus dipupuk sikap-sikap ini sedangkan ianya tidak menghasilkan nilai-nilai murni. Sebaliknya hanya meninggalkan pelbagai kesan tak banyak sedikit pasti ada tempiasnya.
Tak kira apa kedudukan, ayah, ibu, adik-beradik, kawan, musuh ianya boleh berlaku pada sesiapa. Salah siapakah kiranya nilai-nilai ini wujud.
Alangkah indah dan harmoninya kehidupan alam kiranya etika-etika ini dapat diketepikan demi kebaikan semua. Tiada yang rugi, malah lebih banyak untuk serta rahmat dari Allah kerana yang berjaya adalah mereka yang sanggup melunturkan atau menolak etika-etika busuk ini dari dunia kehidupan. Kita bukan dilahirkan malaikat, tak lari dari salah, silap, tiada sempurna...redha!

Friday, September 17, 2010
Tidak dididikan atau salah didikan? Salah siapa kalau tidak berkenan dihati. Masyarakat kita asal-usulnya dari didikan. Tidak kira bangsa, agama, rupa semua sama, asalnya dari didikan.
Tiada siapa yang sempurna, malah sendiri pun tak mungkin tak betul.

Monday, September 13, 2010
Back to back
Hari yang memenatkan
Malam berlabuh
Jiwa rasa tenang
Tubuh mula menglonglai
Pasrah dengan hak alam
Detik tetap berlalu berubah
Dunia yang tiada kekalnya
Malam berlabuh
Jiwa rasa tenang
Tubuh mula menglonglai
Pasrah dengan hak alam
Detik tetap berlalu berubah
Dunia yang tiada kekalnya
Saturday, September 11, 2010
"Anak derhaka" ke "bapa tak sedar diri"
Kisah anak derhaka, anak tanggang, anak kutang ajar, anak yang tak mengenang budi banyak diperkatakan, dipertontonkan. Konon nak menyedarkan anak-anak generasi akan datang supaya ingat akan jasa ibubapa. Konon memastikan mereka tak lupa akan ibubapa mereka dan konon ibubapa itu tidak disisihkan.
Apa pula jadi dengan fenomena bapa yang tak sedar diri, lupa anak-anak yang dihasilkan dari perempuan-perempuan yang satu masa mereka dijadikan isteri dan kemudian ditinggal gantung tak bertali yang pengakhirannya dengan sendiri talak itu jatuh berdasarkan hukum hakam agama.
Bagaimana perasaan anak-anak yang ditinggalkan, anak yang dibiarkan dan diketepikan. Masih lagi ada belas sianak mencari ayah atas dasar ikatan anak dan bapa yang tak muka terputus kecuali dengan izin Allah... mati!
Kalau diluahkan, kalau dipertikaikan, diperkatakan, masyarakat tetap memandang serong anak-anak ini. Tapi kebenaran bertahun membuatkan cerita hakikat kebenaran menjadikan keadaan lebih membisu dari berkata-kata kerana terlalu banyak yang buruk dari yang baik.
Bapa yang macam serupa begini tak ubah ibarat syaitan, nak kata binatang dah tak sesuai kerana binatang pun tahu nilai anak pada mereka.
Bertahun aku mencari bapa setelah aku diberi amaran supaya tidak datang berjumpa dengan dia atas alasan bini mudanya tak suka kami anak-anak datang. Macam ni punya bapa pun ada. Masih aku bersabar, tapi ingatan aku tak pernah pudar, kisah sayang aku tak pernah luntur dari hati. Tak pernah sedikit dia hilang dari diari hidupku. Sehingga lah baru-baru ini aku dapat ketemu dengan dia kembali, setelah beberapa kali turun naik mencari kemana dia.
Yang aku dapat rupanya, manusia syaitan dan yang kini tidak sedikitpun ingin aku panggil bapa. Nak aku maki, tapi naluri hati aku, masih ada nilai menghormati orang yang lebih tua dari aku. 67 tahun dah nak mampus, bini mengandung 4bulan dalam perut. Anak 15 orang hasil dua perkahwinan sebelum ini, bergelimpangan dia tinggalkan tanpa khabar tanpa berita tanpa bekalan tanpa jaminan masa depan. Dan nasib baik, kami punya ibu yang berakal, yang punya nilai kemanusian punya nilai tanggungjawab yang tinggi atas amanah tuhan yang diberi. Walau tak dibela sehebat mana, cukup pastikan makan minum ada sekadar membesarkan kami atas dunia sudah memadai pada ibu, apalah yang lebih mampu dia lakukan!
Masa itu juga aku tertutup hati, mengaku dia bukan bapa ku lagi. Tak ingin aku mengaku dia bapa ku lagi. Hati marah ku berkata, kalau sesiapa tanya pasal dia, nak aje aku kata, kubur dia dah aku jumpa, dia dah mati, tak payah susah-susahkan diri fikirkan dia.
Cukup bangga konon hasil perkahwinan ketiga, bangga dengan anak-anak yang baru dan bangga dengan janin yang sedang dikandung tanpa rasa kesal memperkatakan apa yang ada sekarang. Aku melihatnya sebagai kebodohannya melarikan diri dari dunia realiti kau yang sebenarnya! Hipokrit, itu perkataan sesuai untuk kau. Berani kau kata bakal suami aku "fool" memperlihatkan "kefoolan" kau yang sebenar. Tak hebat mana pun kau berbandingkan lelaki yang telah membimbing aku selama ini. Salahkan aku sebagai anak yagn kau keluarkan hasil kau dengan ibu aku, meminta kau menjadi wali selesaikan hal nikah aku. Dan kau dengan bangga dan megah memburukkan ibu dan keluarga kau sendiri dan enggan terlibat dalam nikah wali aku dan sebaliknya kau pertahankan untuk tidak terlibat kerana takut bisness kau terjejas takut bini kau terganggu. Kau tak malu burukkan keluarga kau sendiri pada bakal menantu kau. Kau hanya memperlihatkan betapa bodohnya kau sebagai bapa, sebagai lelaki, sebagai insan didunia Allah ini.
Kau lupa Allah maha berkuasa, maha mengetahui. Sehebat mana kau, terjatuh terjelupuk kau Allah jua yang menentukan. Terlalu banyak noda dan dosa kau atas dunia ini, syurga dunia kau. Kau boleh bertopeng dengan serban kau, dengan iman kau, dengan amalan kau pada masyarakat kau, tapi kau tetap manusia kafir dimata Allah, kafir yang masih Allah beri peluang sedar diri. Aku masih ada kemanusiaan, dan atas dasar kemanusia aku memperkatakan moga Allah bantu kau kejalanNya...

Friday, September 3, 2010
Ibu
Ibu
Tak siapa memahami perasaan seorang ibu
Wajah tenang tika hati merenung jauh
Tatkala Ibu sudah penat mengeluh
Hati rajuk dibawa jauh kelubuk dalam
Dan tika itu tiada siapa perasaan
Duka nestapa seorang Ibu
Ibu
Kau tetap tenang dikala sedih
Senyum mengukir tiap kali dipandang
Suara ceria tika rancak bicara
Tiada siapa tahu rahsia hati
Itulah Ibu yang sudah lama merajuk
Hingga tiada ruang dihati lagi untuk dirundung
Ibu
Setenang raut wajah mu tiada siapa menduga
Keluh kesah resah runsing
Kau tetap tenang mengungkap kata
Kata yang yakin tidak perlu gusar
Namun kebenaran hakikat
Hanya Allah maha mengetahui
Ibu
Sebesar manapun ucapan terima kasih
Sehebat manapun pembalasan budi
Tidak ternilai tidak terbalas
Pengorbananmu..................

Subscribe to:
Posts (Atom)