Saturday, September 11, 2010

"Anak derhaka" ke "bapa tak sedar diri"

Kisah anak derhaka, anak tanggang, anak kutang ajar, anak yang tak mengenang budi banyak diperkatakan, dipertontonkan. Konon nak menyedarkan anak-anak generasi akan datang supaya ingat akan jasa ibubapa. Konon memastikan mereka tak lupa akan ibubapa mereka dan konon ibubapa itu tidak disisihkan.

Apa pula jadi dengan fenomena bapa yang tak sedar diri, lupa anak-anak yang dihasilkan dari perempuan-perempuan yang satu masa mereka dijadikan isteri dan kemudian ditinggal gantung tak bertali yang pengakhirannya dengan sendiri talak itu jatuh berdasarkan hukum hakam agama.

Bagaimana perasaan anak-anak yang ditinggalkan, anak yang dibiarkan dan diketepikan. Masih lagi ada belas sianak mencari ayah atas dasar ikatan anak dan bapa yang tak muka terputus kecuali dengan izin Allah... mati!

Kalau diluahkan, kalau dipertikaikan, diperkatakan, masyarakat tetap memandang serong anak-anak ini. Tapi kebenaran bertahun membuatkan cerita hakikat kebenaran menjadikan keadaan lebih membisu dari berkata-kata kerana terlalu banyak yang buruk dari yang baik.

Bapa yang macam serupa begini tak ubah ibarat syaitan, nak kata binatang dah tak sesuai kerana binatang pun tahu nilai anak pada mereka.

Bertahun aku mencari bapa setelah aku diberi amaran supaya tidak datang berjumpa dengan dia atas alasan bini mudanya tak suka kami anak-anak datang. Macam ni punya bapa pun ada. Masih aku bersabar, tapi ingatan aku tak pernah pudar, kisah sayang aku tak pernah luntur dari hati. Tak pernah sedikit dia hilang dari diari hidupku. Sehingga lah baru-baru ini aku dapat ketemu dengan dia kembali, setelah beberapa kali turun naik mencari kemana dia.

Yang aku dapat rupanya, manusia syaitan dan yang kini tidak sedikitpun ingin aku panggil bapa. Nak aku maki, tapi naluri hati aku, masih ada nilai menghormati orang yang lebih tua dari aku. 67 tahun dah nak mampus, bini mengandung 4bulan dalam perut. Anak 15 orang hasil dua perkahwinan sebelum ini, bergelimpangan dia tinggalkan tanpa khabar tanpa berita tanpa bekalan tanpa jaminan masa depan. Dan nasib baik, kami punya ibu yang berakal, yang punya nilai kemanusian punya nilai tanggungjawab yang tinggi atas amanah tuhan yang diberi. Walau tak dibela sehebat mana, cukup pastikan makan minum ada sekadar membesarkan kami atas dunia sudah memadai pada ibu, apalah yang lebih mampu dia lakukan!

Masa itu juga aku tertutup hati, mengaku dia bukan bapa ku lagi. Tak ingin aku mengaku dia bapa ku lagi. Hati marah ku berkata, kalau sesiapa tanya pasal dia, nak aje aku kata, kubur dia dah aku jumpa, dia dah mati, tak payah susah-susahkan diri fikirkan dia.

Cukup bangga konon hasil perkahwinan ketiga, bangga dengan anak-anak yang baru dan bangga dengan janin yang sedang dikandung tanpa rasa kesal memperkatakan apa yang ada sekarang. Aku melihatnya sebagai kebodohannya melarikan diri dari dunia realiti kau yang sebenarnya! Hipokrit, itu perkataan sesuai untuk kau. Berani kau kata bakal suami aku "fool" memperlihatkan "kefoolan" kau yang sebenar. Tak hebat mana pun kau berbandingkan lelaki yang telah membimbing aku selama ini. Salahkan aku sebagai anak yagn kau keluarkan hasil kau dengan ibu aku, meminta kau menjadi wali selesaikan hal nikah aku. Dan kau dengan bangga dan megah memburukkan ibu dan keluarga kau sendiri dan enggan terlibat dalam nikah wali aku dan sebaliknya kau pertahankan untuk tidak terlibat kerana takut bisness kau terjejas takut bini kau terganggu. Kau tak malu burukkan keluarga kau sendiri pada bakal menantu kau. Kau hanya memperlihatkan betapa bodohnya kau sebagai bapa, sebagai lelaki, sebagai insan didunia Allah ini.

Kau lupa Allah maha berkuasa, maha mengetahui. Sehebat mana kau, terjatuh terjelupuk kau Allah jua yang menentukan. Terlalu banyak noda dan dosa kau atas dunia ini, syurga dunia kau. Kau boleh bertopeng dengan serban kau, dengan iman kau, dengan amalan kau pada masyarakat kau, tapi kau tetap manusia kafir dimata Allah, kafir yang masih Allah beri peluang sedar diri. Aku masih ada kemanusiaan, dan atas dasar kemanusia aku memperkatakan moga Allah bantu kau kejalanNya...

No comments:

Post a Comment

Followers