Aku ingin mengecapi kebahagian yang diberi, menikmati semampu ku boleh, seizin yang aku diizinkan Allah. Kerna segala itu pemberian Allah jua. Takkan sesaat jua akan aku sia-siakan anugerah yang Allah hadiahkan padaku.
Aku ingin melihat segalanya dari sudut keindahan, sudut cantik dan sudut yang memberi muhasabah diri. Pahit getir sedih pilu tetap anugerah Allah yang haru aku nilai dari sudut memperbetulkan diriku, men jadikan diriku tabah, berjaya dan baru keesokan hari. Setiap hari adalah hari kelahiran baru untuk ku. Kelahiran baru yang membawa kejituan dalam diri.
Aku akan mengecapi kebahagian bersama insan yang telah Allah temukan untuk aku. Sesungguh setiap kejadian adalah dengan keizinan Allah jua. Sebab dan akibat, dan sebab serta akibat itu aku diketemukan dengan insan yang cukup memberi aku asam, garam, manis, pahit, getir dan segala rasa yang ada dalam kehidupan.
Ya Allah jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur dan berusaha menjadikan hidupku dan insan yang ku sayangi Suami ku mengecapi kehidupan sehingga keakhir hayat kami.
Terima kasih Ya Allah................
Tuesday, November 23, 2010
Tuesday, October 12, 2010
Tuesday, October 5, 2010
SALAH SIAPA
Anak-anak sekarang sembunyi disebalik kelemehan sendiri? Ego, sombong, enggan menerima teguran, petah berkata balik bila di kritik. Lari dari topik bila sentuh peribadi diri. Kenapa ini berlaku? Mengapa anak muda sekarang mudah sensitif, tersentuh terus menutup bagai kura-kura masuk ke cengkerang bila di usik tak pun macam sibut babi.
Beza orang yang berilmu, ingin membetulkan diri, yang pegang teguh dengan sunah nabi biar menutup ilmu sampai ke negeri cina sekali pun. Tapi tak ramai anak muda begitu. Hingga bertegah, bertegang urat dengan ibubapa menegak keangkuhan diri. Padahal apa yang diberi adalah untuk bekalan dimasa depan. Tak sekarang, lusa, tulat, tak kira masa…
Yang benarnya, anak-anak kita ramai begini, gagal mengenal peribadi diri, menyorok dari kebenaran diri yang lemah, gagal dan longlai. Takut kegagalan, besi ego diri menjadi perisai dari anasir luaran yang sebenarnya jalan untuk membetulkan diri. Bukan kelemahan dan kegagalan bermakna rugi atau tak menang tapi batu loncatan untuk meningkat membetulkan diri. Kesian anak-anak ini tidak melihat kebenaran ini. Mereka akan sentiasa begini selamanya kerana mereka-mereka ini dikeliling sintom sebegini. Menyorok diri dengan perisai egoan untuk mengelak rasa lemah diri dan kalah diri yang sebenarnya perasan jiwa diri sendiri.
Bilakah ini dapat dipatahkan, diubahkan? Bila anak-anak ini akan sedar? Bangunlah wahai anak-anak, tiada yang membantu kecuali diri kamu sendiri yang bangun dan membantu. Allah jua yang maha mengetahui…
Thursday, September 23, 2010
Orang tua yang tak layak dipanggil bapa
Bercakap tak pikir dua kali, tak pakai otak, ikut ego.
I dont welcome you into my family. Layak ke kau sebut "into my family" sedangkan bukan kau yang membesarkan kami. Tak sesen pun kau tinggalkan untuk perempuan yang lahirkan anak-anak kau yang sepuloh orang.
Layakkah kau menentukan bakal suami aku boleh diterima sebagai famili kau sedangkan kau tinggalkan kami? Setelah apa kau buat, aku pun tak ingin nak cari kau, hanya sekadar ikut perundangan. Selebihnya, kau tak layak. Selayak binatang pun kau tak layak. Nasiblah kau bakal suami aku tu masih ada sikap berkompromi, itupun sebab dia tak kenal kau.
Kau nak lawan? Boleh. Sekarang aku ikut rentak kau. Kau nak bawak lawyer pentas kau, jom, aku pun ada lawyer, tapi bukan lawyer olok-olok. Antara kau dan kau dah takde rasa hormat anak ayah. Bial kau kata "I dont bother", bila bakal suami aku ajukan pada kau sikap acuh tak acuh kau menjalankan tanggungjawab kau mewalikan anak kau. Kalau tak hukum agama, tak ingin aku heret kau lah!
Kalau kau boleh kata tak ku ampunkan, aku seribu kali layak nak kata macamtu pada kau.

Saturday, September 18, 2010
Motosikal
Tiap pagi waktu menuju ketempat, terutama bila suami ku memandu, aku dapat melihat pelbagai ragam, kerenah dan drama disepanjang perjalanan.
Seingat aku, tak pernah sehari suami ku tidak mengomel, membebel insiden-insiden berlaku setiap kali dalam perjalanan. Ada masa aku diam, ada masa aku ikut komen sekali dan ada masa aku yang melebih-lebih.
Paling menarik pemandu-pemandu motosikal. Pendek kata, kasar bahasa mereka ini memandu seolah jalan tu jalan bapa dia orang yang punya. Kalau mereka dengar kata aku ini, memang naik hangin, gerenti punye... Cuba korang pulak duduk dalam kereta, tak pun pandu kereta dan lihatlah sendiri perangai korang ketika memandu motosikal.
Yang memotong, yang memecut, yang mencelah, macam-macamlah tak dapat nak digambarkan. Kesalnya insiden paling teruk, entah dari mana datang tiba-tiba mencelah datang depan kereta sipi je lagi memang kena. Kalau tak hati memaki, mulut terkeluar kata "nak mampus betul dia ni, tak ingat dunia bawa motor". Macam-macam lagilah yang boleh spoilkan mood aku dan suami pagi-pagi. Tak pikir anak bini, keluarga main hentam suka-suka mak bapak dia orang. Tak sayang nyawa ke dia orang ni? Pelik betul.
Fuhh! bila tak betul, dia pandang kita macam nak terjegil biji mata tu terkeluar, kalah pontianak? Macam kita pulak yang tak betul. Takde sivik langsung, takde wtika jalanraya langsung dibuatnya. Paling kecewa, mereka ini semua beranggapan kita yang bukan pemandu motosikal ni pulak yang kena jaga-jaga adanya mereka dijalanraya. Tak realisitik langsung! Sikap macamtu yan gbuat mereka fikir mereka ini maharaja, maharani jalanan yang tak boleh disentuh. Bila dah jatuh mengelupor kat jalan dah tak guna menyesal keluar airmata darah pun takde gunanya.
Fikir-fikir lah, sama-sama ada rasa tanggungjawab!

Harmoni
Kenapa harus bertindak hanya bila terdesak. Tiadakah jalan yang lebih mudah untuk diambil? Haruskah sesuatu itu ditinggalkan dengan titik hitam baru boleh diberes?
Egois, tidak mahu tunduk, enggan mengalah...etika yang ada pada setiap manusia cuma membezakan hanyalah besar, kecil, hebat, tak hebat atau sejauh mana dipertahankan etika-etika ini.
Tapi mengapa harus dipupuk sikap-sikap ini sedangkan ianya tidak menghasilkan nilai-nilai murni. Sebaliknya hanya meninggalkan pelbagai kesan tak banyak sedikit pasti ada tempiasnya.
Tak kira apa kedudukan, ayah, ibu, adik-beradik, kawan, musuh ianya boleh berlaku pada sesiapa. Salah siapakah kiranya nilai-nilai ini wujud.
Alangkah indah dan harmoninya kehidupan alam kiranya etika-etika ini dapat diketepikan demi kebaikan semua. Tiada yang rugi, malah lebih banyak untuk serta rahmat dari Allah kerana yang berjaya adalah mereka yang sanggup melunturkan atau menolak etika-etika busuk ini dari dunia kehidupan. Kita bukan dilahirkan malaikat, tak lari dari salah, silap, tiada sempurna...redha!

Friday, September 17, 2010
Tidak dididikan atau salah didikan? Salah siapa kalau tidak berkenan dihati. Masyarakat kita asal-usulnya dari didikan. Tidak kira bangsa, agama, rupa semua sama, asalnya dari didikan.
Tiada siapa yang sempurna, malah sendiri pun tak mungkin tak betul.

Monday, September 13, 2010
Back to back
Hari yang memenatkan
Malam berlabuh
Jiwa rasa tenang
Tubuh mula menglonglai
Pasrah dengan hak alam
Detik tetap berlalu berubah
Dunia yang tiada kekalnya
Malam berlabuh
Jiwa rasa tenang
Tubuh mula menglonglai
Pasrah dengan hak alam
Detik tetap berlalu berubah
Dunia yang tiada kekalnya
Saturday, September 11, 2010
"Anak derhaka" ke "bapa tak sedar diri"
Kisah anak derhaka, anak tanggang, anak kutang ajar, anak yang tak mengenang budi banyak diperkatakan, dipertontonkan. Konon nak menyedarkan anak-anak generasi akan datang supaya ingat akan jasa ibubapa. Konon memastikan mereka tak lupa akan ibubapa mereka dan konon ibubapa itu tidak disisihkan.
Apa pula jadi dengan fenomena bapa yang tak sedar diri, lupa anak-anak yang dihasilkan dari perempuan-perempuan yang satu masa mereka dijadikan isteri dan kemudian ditinggal gantung tak bertali yang pengakhirannya dengan sendiri talak itu jatuh berdasarkan hukum hakam agama.
Bagaimana perasaan anak-anak yang ditinggalkan, anak yang dibiarkan dan diketepikan. Masih lagi ada belas sianak mencari ayah atas dasar ikatan anak dan bapa yang tak muka terputus kecuali dengan izin Allah... mati!
Kalau diluahkan, kalau dipertikaikan, diperkatakan, masyarakat tetap memandang serong anak-anak ini. Tapi kebenaran bertahun membuatkan cerita hakikat kebenaran menjadikan keadaan lebih membisu dari berkata-kata kerana terlalu banyak yang buruk dari yang baik.
Bapa yang macam serupa begini tak ubah ibarat syaitan, nak kata binatang dah tak sesuai kerana binatang pun tahu nilai anak pada mereka.
Bertahun aku mencari bapa setelah aku diberi amaran supaya tidak datang berjumpa dengan dia atas alasan bini mudanya tak suka kami anak-anak datang. Macam ni punya bapa pun ada. Masih aku bersabar, tapi ingatan aku tak pernah pudar, kisah sayang aku tak pernah luntur dari hati. Tak pernah sedikit dia hilang dari diari hidupku. Sehingga lah baru-baru ini aku dapat ketemu dengan dia kembali, setelah beberapa kali turun naik mencari kemana dia.
Yang aku dapat rupanya, manusia syaitan dan yang kini tidak sedikitpun ingin aku panggil bapa. Nak aku maki, tapi naluri hati aku, masih ada nilai menghormati orang yang lebih tua dari aku. 67 tahun dah nak mampus, bini mengandung 4bulan dalam perut. Anak 15 orang hasil dua perkahwinan sebelum ini, bergelimpangan dia tinggalkan tanpa khabar tanpa berita tanpa bekalan tanpa jaminan masa depan. Dan nasib baik, kami punya ibu yang berakal, yang punya nilai kemanusian punya nilai tanggungjawab yang tinggi atas amanah tuhan yang diberi. Walau tak dibela sehebat mana, cukup pastikan makan minum ada sekadar membesarkan kami atas dunia sudah memadai pada ibu, apalah yang lebih mampu dia lakukan!
Masa itu juga aku tertutup hati, mengaku dia bukan bapa ku lagi. Tak ingin aku mengaku dia bapa ku lagi. Hati marah ku berkata, kalau sesiapa tanya pasal dia, nak aje aku kata, kubur dia dah aku jumpa, dia dah mati, tak payah susah-susahkan diri fikirkan dia.
Cukup bangga konon hasil perkahwinan ketiga, bangga dengan anak-anak yang baru dan bangga dengan janin yang sedang dikandung tanpa rasa kesal memperkatakan apa yang ada sekarang. Aku melihatnya sebagai kebodohannya melarikan diri dari dunia realiti kau yang sebenarnya! Hipokrit, itu perkataan sesuai untuk kau. Berani kau kata bakal suami aku "fool" memperlihatkan "kefoolan" kau yang sebenar. Tak hebat mana pun kau berbandingkan lelaki yang telah membimbing aku selama ini. Salahkan aku sebagai anak yagn kau keluarkan hasil kau dengan ibu aku, meminta kau menjadi wali selesaikan hal nikah aku. Dan kau dengan bangga dan megah memburukkan ibu dan keluarga kau sendiri dan enggan terlibat dalam nikah wali aku dan sebaliknya kau pertahankan untuk tidak terlibat kerana takut bisness kau terjejas takut bini kau terganggu. Kau tak malu burukkan keluarga kau sendiri pada bakal menantu kau. Kau hanya memperlihatkan betapa bodohnya kau sebagai bapa, sebagai lelaki, sebagai insan didunia Allah ini.
Kau lupa Allah maha berkuasa, maha mengetahui. Sehebat mana kau, terjatuh terjelupuk kau Allah jua yang menentukan. Terlalu banyak noda dan dosa kau atas dunia ini, syurga dunia kau. Kau boleh bertopeng dengan serban kau, dengan iman kau, dengan amalan kau pada masyarakat kau, tapi kau tetap manusia kafir dimata Allah, kafir yang masih Allah beri peluang sedar diri. Aku masih ada kemanusiaan, dan atas dasar kemanusia aku memperkatakan moga Allah bantu kau kejalanNya...

Friday, September 3, 2010
Ibu
Ibu
Tak siapa memahami perasaan seorang ibu
Wajah tenang tika hati merenung jauh
Tatkala Ibu sudah penat mengeluh
Hati rajuk dibawa jauh kelubuk dalam
Dan tika itu tiada siapa perasaan
Duka nestapa seorang Ibu
Ibu
Kau tetap tenang dikala sedih
Senyum mengukir tiap kali dipandang
Suara ceria tika rancak bicara
Tiada siapa tahu rahsia hati
Itulah Ibu yang sudah lama merajuk
Hingga tiada ruang dihati lagi untuk dirundung
Ibu
Setenang raut wajah mu tiada siapa menduga
Keluh kesah resah runsing
Kau tetap tenang mengungkap kata
Kata yang yakin tidak perlu gusar
Namun kebenaran hakikat
Hanya Allah maha mengetahui
Ibu
Sebesar manapun ucapan terima kasih
Sehebat manapun pembalasan budi
Tidak ternilai tidak terbalas
Pengorbananmu..................

Monday, August 30, 2010
MERDEKA ! MERDEKA !
Apa itu merdeka?
Merdeka bukan sahaja merdeka dari segi negara malah konsepnya menjurus jauh seluas perkataan merdeka itu sendiri.
Merdeka jiwa, hati, nafsu, fikiran, emosi, semangat.... Merdeka bukan sekadar mengibarkan bendera tetapi mengibarkan jiwa kita dengan nama negara kita MALAYSIA...SATU MALAYSIA....MERDEKA MALAYSIA..MERDEKA ANAK-ANAK HARAPAN MALAYSIA.

Change
![]() |
Monday, August 23, 2010
They still havent change~~~~
Pagi tadi pergi hospital kerajaan ada urusan rasmi lah kena buat. Sorry to say la, bukan nak condemn but those people still havent change, perangai berlagak semacam & cakap tak hormat langsung. Muda lagi tu…jauh beza umur… Dah lah kurang ajar, bercakap pun takde adap! Siapalah agak mak bapak dia orang didik anak sampai macamtu.. Subhanaallah… Nak lempang pun ada, sabar je la.. nak je cakap kat they all kalau tak kerana urusan rasmi tak ingin aku jejak hospital gomen….sabar je lah bulan posa ni! Ada lah pulak tu terpampang frame besar pasal piagam ape entah… kalu tak silap macam visi misi la konon camna nak layan pelanggan.. nak je cakap turunkan je frame tu, buat malu je. Kesian orang kerja gomen, perangai segelintir (yang majoriti biasanya) yang kurang ajar, semua kena. Sebabkan nila abis susu sebelanga? Renungkan inilah masyarakat kita??? Nilai!!!!
Saturday, August 21, 2010
Renung-renungkan...........
Mari kita berkongsi bersama, Istilah sebenar Puasa? Konsep dengan realitinya bila dilihat banyak jurang membezakan kebenaran istilah puasa. Rasanya semua orang tahu apa sebenar puasa atau yang selalu sedap disebut Ramadhan..tapi itupun bila masing2 dah besar panjang baru diperkenalkan pengertian Ramadhan. Yang kecik2 tu entahlah, rasa kebanyakan mereka tak diterapkan nilai Ramadhan itu sendiri, kalau ada pun mungkin segelintir sahaja…………
Tak perlu dileretkan pergertian Ramadhan itu disini, sebab banyak ada kat dalam buku-buku, ceramah ugama, dalam media, dalam internet, semua ada senang cari! Search aje kalau ada minat nak tau! Kita cerita pula yang dunia realiti yang takde disebut kat mana2…..
Salah satu realiti, Ramadhan yang kita lihat dizaman ini adalah seolah meraikan majlis makan, tak pun kenduri makan, yang mana lain dari hari-hari biasa (bukan Ramadhan). Kuih muih, lauk pauk, segala macam aneka yang dapat kite lihat timbul di hari Ramadhan, sedap-sedap belaka pulak tu… sebab tengok hangat pembelian… mesti lah sedap kalau tak masa kan orang berpusu-pusu keluar nak membeli? Teringat satu slot rancangan tv baru2 ini..salah seorang pengacara berkongsi pengalaman beliau ketika melakukan satu sesi pengambaran di salah sebuah hotel…tak pastilah kat manalah… katanya.. ada pengunjung kat situ bukan beragama Islam… persoalkan kenapa Ramadhan restoran kat hotel tu fully book oleh majoriti mereka ialah yang beragama Islam…, agak terkedu jugak pengacara tu nak menjawab, tersentak dengan pukulan soalan yang gitu rupe…kata pengunjung tu “bukan ke sepatutnya Ramadhan itu disambut untuk merasai bagaimana orang susah tak berduit tak mewah makan………” mungkin banyak lagi lah… tak ingat lah butir2 terperincinya………
Tak malu kah kita dengan konsep 1 Malaysia..bangsa lain yang menilai kita Islam, dimana perlakuan kita tak sama dengan apa yang diajar oleh agama kita? Kita tak perasan, mereka macam manusia lain, macam kita jugak, tetap menilai, melihat dan menyaksikan bagaimana kita hidup seharian. Tak malukah kita dengan mengaku Islam tapi hanya luaran, dalaman entahlah macamana……….dulu lain sekarang lain, statement zaman sekarang siap ada lagu & iklan lagi dah…dulu pasar Ramadhan, sekarang bazaar Ramadhan.. gah! begitu dan hebat nama diberi… Kita tak sedar, lepa serta lalai bahawa kita sudah mula mendidik anak-anak, generasi muda harapan bangsa, harapan 1 Malaysia pengertian Ramadhan yang dah lain dari konsep sebenar… Berduyun-duyun kejar waktu nak menjual dan nak membeli tak kira yang kecil, besar, tua, muda, malah yang bayi pun diangkut sekali, malah dari janin yang dikandung pun dibawanya sekali. Itu bab pemakananlah, panjang lagi kalau nak cerita… tak percaya renung2kan lah dan saksikanlah sendiri.. belum lagi dengan bab surau, masjid atau rumah ibadah!
Pernah ke kita sebagai umat Islam kita terfikir, kenapa Ramadhan, berduyun-duyun pergi terawih, pergi sembahyang, pergi bersedekah… pap!! pukul 8pm tinggal semua berlari kejar-kejar ke tempat ibadah. Malah makcik saya sendiri…maaflah bukan memburukkan, sekadar berkongsi keluhan hati Islam kita, sanggup bertelekung, ikut sembahyang kejar pahala walaupun sampai tertidur-tidur, setiap kali imam salam, dia masih tertidu………. Kelakar jugak bila dia mencerita, tapi itulah kebenarannya… sampai begitu sekali umat kita kejar ibadah dibulan Ramadhan…..tapi kenapa bulan Ramadhan aje, tak bulan-bulan lain ke, hari-hari lain yang kiraannya campur 365 / 366 hari dengan bulan Ramdhan? Secara kita tak sedar, kite mengajar generasi kita akan datang konsep yang salah akan amalan di bulan Ramadhan. Tak malukah kita mengaku Islam, bercakap pasal Islam, berazan di masjid, berceramah agama di sana-sini tapi gagal menghasilkan waris generasi Islam yang sebenar. Bukan nak menghina, mengutuk, merendah-rendahkan… memang marah kalu baca… ape kurang ajarnya penulis ini, tapi cuba kita, menung2kan, fikir2kan kebenarannya……jangan tipu diri!
Bangsa lain kalau kite pernah dengar lah, mereka pun ada puasa mereka, tapi dengan cara mereka la puasanya itu..tak kisah la macam mana tapi tak nampak pun bazaar puasa mereka? Apa yang kita buat mereka pun buat, mereka sembahyang, kite sembahyang, mereka puasa kita pun puasa… mungkin banyak lagi perlakuan yang sama yang kita tak tahu cuma cara masing2 berbeza mengikut agama masing2. Cuba lihat kenapa kita Islam kita berlebih-lebih dalam segala hal…. Yang agak memalukan adalah perlakuan ibadah, kesempatan beribadah itu berganda-ganda pada bulan Ramadhan berbanding bulan2 lain, lepas habis sembahyang pagi Syawal hilang kelibat2 manusia, hilang capal2 manusia, hilang suara azan2, ceramah agama, suara wirit dalam rumah ibadat… itupun masa Ramadhan perlakuan ibadat hanya mula pukul 7 ke atas lepas tu sunyiiiiiiiiii balikkkkkkkkkk.. agaknya kalau masjid, surau2 itu macam nasi dah basi… menangis (itu bidalan orang dulu2 le) dah tentu dah menangis rumah-rumah ibadah tu kan…………
Generasi kita, yakni anak2 bangsa kita yang akan menjadi penentu nasib masa depan bangsa agama kita. Kisah Ramadhan hanyalah sebahagian sahaja, malah lebih kecil dari tahi gigi dicelah gigi. Banyak lagi? Tapi kalau terapan agama itu sendiri lari dari konsep sebenar, nilai apa yang kita tanamkan pada anak2 kita. Adakah anak2 ini yang akan dipersalahkan kelak akibat dari kejahilan kita sendiri. Anak2 bagaikan kain yang putih, bersih, suci, murni dan bergantung kepada kita bagaimana kita ingin mewarnai mereka. Bentuk yang macam mana yang akan mereka jadi, nilai apa yang akan mereka terapkan? Renung2kanlah sejenak, bukan dengan dendam tapi dengan kasih sayang dan cinta yang mendalam. Tidakkah rasa kasihan dan belas pada anak2 ini, kegagalan mereka disebabkan kita sendir cuma kita tidak sedar dan tidak mahu mengaku apabila kita sedar. Dan bila kita sedar, sudah terlambat kerana rebung yang dilentur sudah menjadi buluh. Setiap kita hidup ada amanah, ada warisan, ada generasi diturunkan ada wasiat di wasiatkan….. menjaga dan menghasilkan warisan generasi yang bermaruah yang akan menjaga martabat kita sampai ke generasi yang seterusnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)