Mari kita berkongsi bersama, Istilah sebenar Puasa? Konsep dengan realitinya bila dilihat banyak jurang membezakan kebenaran istilah puasa. Rasanya semua orang tahu apa sebenar puasa atau yang selalu sedap disebut Ramadhan..tapi itupun bila masing2 dah besar panjang baru diperkenalkan pengertian Ramadhan. Yang kecik2 tu entahlah, rasa kebanyakan mereka tak diterapkan nilai Ramadhan itu sendiri, kalau ada pun mungkin segelintir sahaja…………
Tak perlu dileretkan pergertian Ramadhan itu disini, sebab banyak ada kat dalam buku-buku, ceramah ugama, dalam media, dalam internet, semua ada senang cari! Search aje kalau ada minat nak tau! Kita cerita pula yang dunia realiti yang takde disebut kat mana2…..
Salah satu realiti, Ramadhan yang kita lihat dizaman ini adalah seolah meraikan majlis makan, tak pun kenduri makan, yang mana lain dari hari-hari biasa (bukan Ramadhan). Kuih muih, lauk pauk, segala macam aneka yang dapat kite lihat timbul di hari Ramadhan, sedap-sedap belaka pulak tu… sebab tengok hangat pembelian… mesti lah sedap kalau tak masa kan orang berpusu-pusu keluar nak membeli? Teringat satu slot rancangan tv baru2 ini..salah seorang pengacara berkongsi pengalaman beliau ketika melakukan satu sesi pengambaran di salah sebuah hotel…tak pastilah kat manalah… katanya.. ada pengunjung kat situ bukan beragama Islam… persoalkan kenapa Ramadhan restoran kat hotel tu fully book oleh majoriti mereka ialah yang beragama Islam…, agak terkedu jugak pengacara tu nak menjawab, tersentak dengan pukulan soalan yang gitu rupe…kata pengunjung tu “bukan ke sepatutnya Ramadhan itu disambut untuk merasai bagaimana orang susah tak berduit tak mewah makan………” mungkin banyak lagi lah… tak ingat lah butir2 terperincinya………
Tak malu kah kita dengan konsep 1 Malaysia..bangsa lain yang menilai kita Islam, dimana perlakuan kita tak sama dengan apa yang diajar oleh agama kita? Kita tak perasan, mereka macam manusia lain, macam kita jugak, tetap menilai, melihat dan menyaksikan bagaimana kita hidup seharian. Tak malukah kita dengan mengaku Islam tapi hanya luaran, dalaman entahlah macamana……….dulu lain sekarang lain, statement zaman sekarang siap ada lagu & iklan lagi dah…dulu pasar Ramadhan, sekarang bazaar Ramadhan.. gah! begitu dan hebat nama diberi… Kita tak sedar, lepa serta lalai bahawa kita sudah mula mendidik anak-anak, generasi muda harapan bangsa, harapan 1 Malaysia pengertian Ramadhan yang dah lain dari konsep sebenar… Berduyun-duyun kejar waktu nak menjual dan nak membeli tak kira yang kecil, besar, tua, muda, malah yang bayi pun diangkut sekali, malah dari janin yang dikandung pun dibawanya sekali. Itu bab pemakananlah, panjang lagi kalau nak cerita… tak percaya renung2kan lah dan saksikanlah sendiri.. belum lagi dengan bab surau, masjid atau rumah ibadah!
Pernah ke kita sebagai umat Islam kita terfikir, kenapa Ramadhan, berduyun-duyun pergi terawih, pergi sembahyang, pergi bersedekah… pap!! pukul 8pm tinggal semua berlari kejar-kejar ke tempat ibadah. Malah makcik saya sendiri…maaflah bukan memburukkan, sekadar berkongsi keluhan hati Islam kita, sanggup bertelekung, ikut sembahyang kejar pahala walaupun sampai tertidur-tidur, setiap kali imam salam, dia masih tertidu………. Kelakar jugak bila dia mencerita, tapi itulah kebenarannya… sampai begitu sekali umat kita kejar ibadah dibulan Ramadhan…..tapi kenapa bulan Ramadhan aje, tak bulan-bulan lain ke, hari-hari lain yang kiraannya campur 365 / 366 hari dengan bulan Ramdhan? Secara kita tak sedar, kite mengajar generasi kita akan datang konsep yang salah akan amalan di bulan Ramadhan. Tak malukah kita mengaku Islam, bercakap pasal Islam, berazan di masjid, berceramah agama di sana-sini tapi gagal menghasilkan waris generasi Islam yang sebenar. Bukan nak menghina, mengutuk, merendah-rendahkan… memang marah kalu baca… ape kurang ajarnya penulis ini, tapi cuba kita, menung2kan, fikir2kan kebenarannya……jangan tipu diri!
Bangsa lain kalau kite pernah dengar lah, mereka pun ada puasa mereka, tapi dengan cara mereka la puasanya itu..tak kisah la macam mana tapi tak nampak pun bazaar puasa mereka? Apa yang kita buat mereka pun buat, mereka sembahyang, kite sembahyang, mereka puasa kita pun puasa… mungkin banyak lagi perlakuan yang sama yang kita tak tahu cuma cara masing2 berbeza mengikut agama masing2. Cuba lihat kenapa kita Islam kita berlebih-lebih dalam segala hal…. Yang agak memalukan adalah perlakuan ibadah, kesempatan beribadah itu berganda-ganda pada bulan Ramadhan berbanding bulan2 lain, lepas habis sembahyang pagi Syawal hilang kelibat2 manusia, hilang capal2 manusia, hilang suara azan2, ceramah agama, suara wirit dalam rumah ibadat… itupun masa Ramadhan perlakuan ibadat hanya mula pukul 7 ke atas lepas tu sunyiiiiiiiiii balikkkkkkkkkk.. agaknya kalau masjid, surau2 itu macam nasi dah basi… menangis (itu bidalan orang dulu2 le) dah tentu dah menangis rumah-rumah ibadah tu kan…………
Generasi kita, yakni anak2 bangsa kita yang akan menjadi penentu nasib masa depan bangsa agama kita. Kisah Ramadhan hanyalah sebahagian sahaja, malah lebih kecil dari tahi gigi dicelah gigi. Banyak lagi? Tapi kalau terapan agama itu sendiri lari dari konsep sebenar, nilai apa yang kita tanamkan pada anak2 kita. Adakah anak2 ini yang akan dipersalahkan kelak akibat dari kejahilan kita sendiri. Anak2 bagaikan kain yang putih, bersih, suci, murni dan bergantung kepada kita bagaimana kita ingin mewarnai mereka. Bentuk yang macam mana yang akan mereka jadi, nilai apa yang akan mereka terapkan? Renung2kanlah sejenak, bukan dengan dendam tapi dengan kasih sayang dan cinta yang mendalam. Tidakkah rasa kasihan dan belas pada anak2 ini, kegagalan mereka disebabkan kita sendir cuma kita tidak sedar dan tidak mahu mengaku apabila kita sedar. Dan bila kita sedar, sudah terlambat kerana rebung yang dilentur sudah menjadi buluh. Setiap kita hidup ada amanah, ada warisan, ada generasi diturunkan ada wasiat di wasiatkan….. menjaga dan menghasilkan warisan generasi yang bermaruah yang akan menjaga martabat kita sampai ke generasi yang seterusnya.