Tiap pagi waktu menuju ketempat, terutama bila suami ku memandu, aku dapat melihat pelbagai ragam, kerenah dan drama disepanjang perjalanan.
Seingat aku, tak pernah sehari suami ku tidak mengomel, membebel insiden-insiden berlaku setiap kali dalam perjalanan. Ada masa aku diam, ada masa aku ikut komen sekali dan ada masa aku yang melebih-lebih.
Paling menarik pemandu-pemandu motosikal. Pendek kata, kasar bahasa mereka ini memandu seolah jalan tu jalan bapa dia orang yang punya. Kalau mereka dengar kata aku ini, memang naik hangin, gerenti punye... Cuba korang pulak duduk dalam kereta, tak pun pandu kereta dan lihatlah sendiri perangai korang ketika memandu motosikal.
Yang memotong, yang memecut, yang mencelah, macam-macamlah tak dapat nak digambarkan. Kesalnya insiden paling teruk, entah dari mana datang tiba-tiba mencelah datang depan kereta sipi je lagi memang kena. Kalau tak hati memaki, mulut terkeluar kata "nak mampus betul dia ni, tak ingat dunia bawa motor". Macam-macam lagilah yang boleh spoilkan mood aku dan suami pagi-pagi. Tak pikir anak bini, keluarga main hentam suka-suka mak bapak dia orang. Tak sayang nyawa ke dia orang ni? Pelik betul.
Fuhh! bila tak betul, dia pandang kita macam nak terjegil biji mata tu terkeluar, kalah pontianak? Macam kita pulak yang tak betul. Takde sivik langsung, takde wtika jalanraya langsung dibuatnya. Paling kecewa, mereka ini semua beranggapan kita yang bukan pemandu motosikal ni pulak yang kena jaga-jaga adanya mereka dijalanraya. Tak realisitik langsung! Sikap macamtu yan gbuat mereka fikir mereka ini maharaja, maharani jalanan yang tak boleh disentuh. Bila dah jatuh mengelupor kat jalan dah tak guna menyesal keluar airmata darah pun takde gunanya.
Fikir-fikir lah, sama-sama ada rasa tanggungjawab!
Saturday, September 18, 2010
Harmoni
Kenapa harus bertindak hanya bila terdesak. Tiadakah jalan yang lebih mudah untuk diambil? Haruskah sesuatu itu ditinggalkan dengan titik hitam baru boleh diberes?
Egois, tidak mahu tunduk, enggan mengalah...etika yang ada pada setiap manusia cuma membezakan hanyalah besar, kecil, hebat, tak hebat atau sejauh mana dipertahankan etika-etika ini.
Tapi mengapa harus dipupuk sikap-sikap ini sedangkan ianya tidak menghasilkan nilai-nilai murni. Sebaliknya hanya meninggalkan pelbagai kesan tak banyak sedikit pasti ada tempiasnya.
Tak kira apa kedudukan, ayah, ibu, adik-beradik, kawan, musuh ianya boleh berlaku pada sesiapa. Salah siapakah kiranya nilai-nilai ini wujud.
Alangkah indah dan harmoninya kehidupan alam kiranya etika-etika ini dapat diketepikan demi kebaikan semua. Tiada yang rugi, malah lebih banyak untuk serta rahmat dari Allah kerana yang berjaya adalah mereka yang sanggup melunturkan atau menolak etika-etika busuk ini dari dunia kehidupan. Kita bukan dilahirkan malaikat, tak lari dari salah, silap, tiada sempurna...redha!

Subscribe to:
Posts (Atom)