Anak-anak sekarang sembunyi disebalik kelemehan sendiri? Ego, sombong, enggan menerima teguran, petah berkata balik bila di kritik. Lari dari topik bila sentuh peribadi diri. Kenapa ini berlaku? Mengapa anak muda sekarang mudah sensitif, tersentuh terus menutup bagai kura-kura masuk ke cengkerang bila di usik tak pun macam sibut babi.
Beza orang yang berilmu, ingin membetulkan diri, yang pegang teguh dengan sunah nabi biar menutup ilmu sampai ke negeri cina sekali pun. Tapi tak ramai anak muda begitu. Hingga bertegah, bertegang urat dengan ibubapa menegak keangkuhan diri. Padahal apa yang diberi adalah untuk bekalan dimasa depan. Tak sekarang, lusa, tulat, tak kira masa…
Yang benarnya, anak-anak kita ramai begini, gagal mengenal peribadi diri, menyorok dari kebenaran diri yang lemah, gagal dan longlai. Takut kegagalan, besi ego diri menjadi perisai dari anasir luaran yang sebenarnya jalan untuk membetulkan diri. Bukan kelemahan dan kegagalan bermakna rugi atau tak menang tapi batu loncatan untuk meningkat membetulkan diri. Kesian anak-anak ini tidak melihat kebenaran ini. Mereka akan sentiasa begini selamanya kerana mereka-mereka ini dikeliling sintom sebegini. Menyorok diri dengan perisai egoan untuk mengelak rasa lemah diri dan kalah diri yang sebenarnya perasan jiwa diri sendiri.
Bilakah ini dapat dipatahkan, diubahkan? Bila anak-anak ini akan sedar? Bangunlah wahai anak-anak, tiada yang membantu kecuali diri kamu sendiri yang bangun dan membantu. Allah jua yang maha mengetahui…