Saturday, September 18, 2010

Harmoni

Kenapa harus bertindak hanya bila terdesak. Tiadakah jalan yang lebih mudah untuk diambil? Haruskah sesuatu itu ditinggalkan dengan titik hitam baru boleh diberes?

Egois, tidak mahu tunduk, enggan mengalah...etika yang ada pada setiap manusia cuma membezakan hanyalah besar, kecil, hebat, tak hebat atau sejauh mana dipertahankan etika-etika ini.

Tapi mengapa harus dipupuk sikap-sikap ini sedangkan ianya tidak menghasilkan nilai-nilai murni. Sebaliknya hanya meninggalkan pelbagai kesan tak banyak sedikit pasti ada tempiasnya.

Tak kira apa kedudukan, ayah, ibu, adik-beradik, kawan, musuh ianya boleh berlaku pada sesiapa. Salah siapakah kiranya nilai-nilai ini wujud.

Alangkah indah dan harmoninya kehidupan alam kiranya etika-etika ini dapat diketepikan demi kebaikan semua. Tiada yang rugi, malah lebih banyak untuk serta rahmat dari Allah kerana yang berjaya adalah mereka yang sanggup melunturkan atau menolak etika-etika busuk ini dari dunia kehidupan. Kita bukan dilahirkan malaikat, tak lari dari salah, silap, tiada sempurna...redha!

No comments:

Post a Comment

Followers